GAHARU : PENGENALAN


POKOK GAHARU (AGARWOOD/AQUILARIA SP)

Pokok gaharu juga di kenali sebagai Agarwood adalah dari genus Aquilaria.
Kandungan resin yang terdapat dalam gaharu atau alkaloid seperti sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone, agarospiral, jinkohol-eramol dan jinkool yang menghasilkan aroma wangi gaharu.
Kayu pokok gaharu digunakan dalam industri kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, chopstick dan lain-lain. Manakala minyak gaharu pula diguna untuk upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan Tibet serta digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah. Di Papua New Guinea sebagai ubat-ubatan tradisional. Ianya juga digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.





• Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
• Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
• Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
• Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
• Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
• Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.

GAHARU : GALERI








GAHARU : INOKULASI

Teknik inokulasi pokok karas untuk menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi sering menjadi persoalan. Bagaimanakah teknik yang benar-benar berkesan untuk menghasilkan teras . Atau hanya dapat diproses menjadikan minyak sahaja ?.

Gaharu merupakan salah satu komoditi hasil hutan bukan kayu. Ia menjadi rebutan kerana hasilnya yang cukup tinggi . Sebelum penemuan teknik inokulasi ianya bergantung sepenuhnya kepada gaharu yang terjadi sendiri dihutan asli di Asia. Pada masa sekarang teknik penghasilan gaharu secara moden telah ditemui oleh pakar yang membuat R&D dalam bidang ini. Teknik inokulasi ini dilakukan sumber gaharu tidak bergantung pada sumber semula jadi sahaja.

Menurut pakar-pakar dalam bidang ini pokok yang hendak diinokulasi mestilah sihat. Saiz pokok hendaklah melebihi 15 cm diameter. Bergantung kepada spesis yang digunakan biasanya pokok tersebut berumur 5 hingga 7 tahun.


Bahan yang digunakan untuk inokulasi bergantung kepada syarikat pengeluarannya. Pada masa sekarang masih sukar diperolehi dalam pasaran terbuka. Tekniknya pula terdapat berbagai cara dan kaedah.

Secara umumnya kaedah yang digunakan adalah dengan menebuk llubang pada batang, akar dan ranting pokok karas. Besar lubang ialah 3mm. Jarak antara lubang bergantung kepada teknik yang digunakan.

Siapkan inokulum cair dan suntikkan kedalam lubang sebanyak 1cc perlubang. Selepas itu lubang-lubang ini ditutup. Selepas satu bulan bahagian diantara dua lubang ituk diperiksa untuk memastikan gaharu telah mula terhasil.

Gaharu adalah resin yang terjadi hasil dari tindakbalas bahan inokulan tadi. Tikdakbalas antibody pokok untuk melawan bakteria atau fungus yang menyerang okok tersebut.

sumber: Jahaniwalit.com

GAHARU : PENGGREDAN

PENGGREDAN

GAHARU : JENIS & TABURAN



TABURAN POKOK GAHARU (MALAYSIA)
1. Aquilaria Hirta Pantai Timur Malaysia
2. Aquilaria Beccariana Selatan Malaysia
3. Aquilaria Rostrata Tengah Malaysia
4. Aquilaria MalaccenciS Seluruh Malaysia
5. Aquilaria Microcarpa Selatan Malaysia

TABURAN POKOK GAHARU (ASIA)
1. AQUILARIA SUBINTEGRA Thailand
2. AQUILARIA CRASSNA Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam
3. AQUILARIA MALACCENSIS Thailand, India, Indonesia, Malaysia
4. AQUILARIA APICULATA Philippines
5. AQUILARIA BAILLONIL Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6. AQUILARIA BANEONSIS Vietnam
7. AQUILARIA BECCARIAN Indonesia, Malaysia
8. AQUILARIA BRACHYANTHA Malaysia
9. AQUILARIA CUMINGIANA Indonesia, Philippines
10.AQUILARIA FILARIA Nuegini, China
11.AQUILARIA GRANDIFLORA China
12.AQUILARIA HILATA Indonesia, Malaysia
13.AQUILARIA KHASIANA India
14.AQUILARIA MICROCAPA Indonesia, Malaysia
15.AQUILARIA ROSTRATA Malaysia
16.AQUILARIA SINENSIS China

GAHARU : KOS PENANAMAN

Anggaran Kos Penanaman dan Anggaran Pendapatan Tanaman Gaharu
Kos Permulaan Penanaman bagi Seekar Tanah

1)Membersih tanah- RM500.00
2)Anak Pokok ukuran 2 kaki tinggi (RM10.00 x 430 pokok)- RM4300.00
3)Baja C.I.R.P (RM0.50 x 430 ketul)- RM215.00
4)Kos penanaman (RM1.00 x 430 pokok)- RM430.00
5)Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)- RM3500.00
6)Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 430 batang)- RM215.00

JUMLAH- RM9,160.00

Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah

1)Kos penanaman awal- RM9,160.00
2)Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 430 pokok)- RM1,935.00
3)Penjagaan / pembersihan kawasan (RM 200 x 7 tahun)- RM1,400.00
4)Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 430 pokok)- RM21,500.00
5)Kos penebangan pokok dan kutipan hasi- RMl3,500.00
6)Lain-lain kos (pagar / jagaan dsbnya)- RM5000.00

JUMLAH- RM43,495.00

GAHARU – Anggaran Hasil

Anggaran hasil minimun RM 1,000.00 sepokok.

Seekar (43o pokok)
- 100% RM 430,000.00
- 80% RM 344,000.00
- 50% RM 215,000.00

SUMBER ; GAHARUMAN

GAHARU : TAHUKAH ANDA?



Tahukah anda pada masa ini, Malaysia dan Indonesia adalah merupakan pengeluar utama produk Gaharu daripada pokok Aquilaria spp. dari sumber kawasan hutan asli.
Manakala negeri-negeri pengeluar Gaharu yang lain seperti Thailand, Laos, Cambodia dan India memperolehinya dari pokok Aquilaria yang ditanam!
*Sumber: Kertas kerja Persidangan Gaharu Kebangsaan 2007


Dari perkembangan ini, kemungkinan besar Aquilaria spp.ini akan disenaraikan dalam Appendik 1 kelak di mana perdagangan Gaharu yang bersumberkan daripada hasil hutan asli tidak dibenarkan, hanya perdagangan dari sumber pokok Aquilaria spp.yang ditanam secara ladang sahaja yang dibenarkan.

GAHARU : PERBEZAAN

BEZA FISIK SPESIS POKOK KARAS@GAHARU@DEPU

Umum mengetahui bahawa grade spesis pokok gaharu yang terbaik dan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah dari spesis A.Subintegra. (Persidangan gaharu sedunia 2004, Vietnam).

Namun demikian jenis A.Subintegra ini tidak terdapat tumbuh di hutan Malaysia, ianya adalah dari Thailand dan Cambodia. Oleh itu cuba anda teka apakah spesis pokok gaharu yang paling banyak tumbuh di hutan Malaysia?

.....jawapannya adalah spesis A.Malaccencis..walaupun demikian, masih banyak perdebatan di luar sana tentang spesis manakah yang benar-benar mampu menghasilkan 'final product' yang terbukti.

NAMA DARI BAHASA LAIN
chén-xīang (沉香) -bahasa Cina
jin-koh (沈香) - bahasa Jepun
oud (عود) - bahasa Arab
ogoru - bahasa Assamese
gaharu - bahasa Indonesia dan Malaysia
ghara - bahasa New Guinea
trầm hương - bahasa Vietnam
agar - bahasa Hindi (India)
mai ketsana - bahasa Laos

GAHARU : HARAKAHDAILY

Pokok Gaharu atau Depu(Cara untuk jadi jutawan)

KOTA BHARU, 26 Mei - Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang meneroka secara komersial industri gaharu memandangkan ladang seluas 1,000 ekar sudah ditanam dengan pokok tersebut di Gua Musang.

Pokok gaharu atau lebih dikenali sebagai depu akan meningkatkan lagi pencapaian Kelantan dalam bidang biotek.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, pokok depu mampu mengeluarkan hasil sehingga mencecah RM2 juta setiap satu ekar dalam tempoh 10 tahun.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu, di sebuah hotel di sini, semalam katanya tanaman pokok depu juga secara tidak langsung dapat mengekalkan alam semulajadi.

Seramai 50 peserta yang terdiri dari golongan profesional dari beberapa negara termasuk Yaman dan Brunei hadir pada seminar berkenaan.

Husam berkata, setiap satu ekar ditanam sebanyak 400 pokok depu.

"Kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sijil khusus sebagai hak pemilikan ladang terbabit kepada pengusahanya bagi membolehkan sebahagian tanah tersebut dijual pada harga minimum," ujarnya.

Berucap sebelum itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai potensi pokok tersebut memandangkan pokok depu mempunyai dua kategori iaitu bermutu dan tidak.

"Kita tidak mahu mereka menanam pokok begitu sahaja tanpa mendapat ilmu khusus, nanti apabila sampai tempoh 10 tahun, tiba-tiba pokok itu rupanya tidak bermutu," katanya.

Beliau juga berkata, penanaman pokok depu perlu dilaku secara komersial dan bukan lagi mengekalkan kaedah tradisional memandangkan permintaannya begitu tinggi. -

Salmah Mat Husain
harakahdaily

GAHARU : UTUSAN

ARKIB : 11/02/2009 Utusan
'Cecair emas' gaharu bernilai
Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL
utusanperlis@utusan.com.my

ARAU 10 Feb. - Penanaman gaharu atau agarwood semakin mendapat tempat di negara ini apabila pelbagai pihak termasuk orang perseorangan mengambil peluang untuk memperoleh 'cecair emas' yang bernilai tinggi di pasaran antarabangsa.
Gaharu digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan ayurvedic dan majlis keagamaan tertentu.
Permintaannya yang tinggi terhadap produk ini menyebabkan pokok gaharu yang tumbuh ratusan tahun dalam hutan sering 'diburu' walaupun perbuatan ini merupakan satu kesalahan kerana pokok dari spesies ini merupakan tanaman dilindungi.
Penanaman gaharu secara kecil-kecilan atau komersial membolehkan aktiviti penebangan gaharu di hutan dikurangkan dalam usaha menjaga khazanah yang begitu bernilai itu.
Bagaimanapun, penjualan gaharu dalam skala besar bukan perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengesahan badan pemantau khas yang dikenali sebagai Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) yang dibiayai oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).
Tanpa pengesahan dari badan khas ini, penjualan gaharu menjadi sukar walaupun sesebuah negara itu mempunyai pengeluaran gaharu yang tinggi.
Menyedari potensi dan pentingnya pengesahan maklumat yang perlu diberikan kepada TRAFFIC untuk aktiviti penjualan gaharu, Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) ditubuhkan atas inisiatif Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail yang juga Presiden PGM.
Syed Razlan berkata, objektif penubuhan PGM adalah untuk memperbaiki kedudukan pengusaha gaharu yang kini menjalankan penanaman secara sendiri tanpa mendapat sebarang bantuan termasuk maklumat terkini mengenai penanamannya.
''Gaharu terdiri daripada pelbagai spesies iaitu aquilaria crassna, aquilaria malaccensis, aquilaria beccarian dan banyak lagi. Tetapi tahap kematangannya bergantung kepada kepelbagaian, ada yang memerlukan masa sehingga 15 tahun untuk mendapatkan gaharu.
''Bagi jenis aquilaria subintegra, proses kematangannya lebih pendek iaitu mengambil masa antara lima sehingga tujuh tahun untuk mengeluarkan gaharu," katanya di sini baru-baru ini.
Katanya, PGM juga bertanggungjawab memperkenalkan jenis baru bagi membolehkan para pengusaha gaharu memperoleh hasil dalam tempoh yang tidak terlalu lama seperti menggunakan jenis subintegra.
''Ramai pengusaha kini yang berlumba-lumba untuk menanam gaharu tetapi mereka tidak mengetahui kaedah yang betul terutama bagi membolehkan gaharu mengeluarkan minyak melalui suntikan atau menebuk batang pokok berkenaan.
''Kebanyakan mereka hanya mengharapkan penghasilan minyak gaharu daripada proses semula jadi iaitu dari agen ulat yang menebuk batang tanpa mengetahui adanya teknik baru dengan penggunaan kulat yang boleh menggalakkan pengeluaran gaharu,'' ujarnya.
Ada antaranya tidak mengetahui tempoh matang sebenar pokok gaharu yang ditanam sehingga mereka terpaksa menebang pokok yang tidak mengeluarkan minyak gaharu.
''Ini merupakan masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha gaharu iaitu mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dalam mengusahakan tanaman ini apatah lagi berkaitan hal penjualan yang memerlukan seseorang itu mengesahkan bahawa gaharu yang dihasilkan itu bukan datang dari hutan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat atau menyertai PGM mereka boleh menghubungi Setiausaha Agung PGM, Ahmad Sufiani Johari di talian 0126857338 atau melalui email di gaharu.malaysia@gmail.com

GAHARU : BERNAMA

Pusat Penyelidikan Gaharu Akan Ditubuhkan Di Melaka
17 Februari, 2009 13:41 PM
MELAKA, 17 Feb (Bernama) -- Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) akan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan gaharu bagi membolehkan penyelidikan dan pembangunan kepelbagaian gaharu berkembang di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Profesor Dr Ramli Hitam berkata PBM kini mempunyai tenaga penyelidik yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap gaharu itu.

"Penyelidikan yang akan dijalankan itu termasuk mewujudkan profil pokok gaharu dan minyak wangi, penandaan pokok gaharu serta teknologi terbaik dalam penghasilan resin," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Presiden Persatuan Gaharu Malaysia, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail baru-baru ini mencadangkan Pusat Penyelidikan Aquilavia ditubuhkan di Malaysia bagi membolehkan penyelidikan dan kejian berkaitan kepelbagaian gaharu berkembang di negara ini.

Syed Razlan dilaporkan berkata penubuhan pusat berkenaan perlu kerana gaharu merupakan produk yang penting dalam penghasilan pelbagai bahan kecantikan, perubatan dan minyak wangi.

Dr Ramli berkata gaharu mempunyai banyak spesis seperti Aquilaria malaccensis, Aquilaria crassna, Aquilaria beccarian, Aquilaria subintegra, Aquilaria agallocha dan Aquilaria sinensis.

"Berdasarkan penyelidikan berkenaan kita berharap dapat memperkenal spesis pokok gaharu yang boleh matang dalam tempoh masa yang singkat dan menghasilkan lebih banyak resin yang bernilai tinggi," katanya.

Beliau berkata bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan, PBM telah menanam pelbagai pokok gaharu di kawasan seluas 40 hektar di negeri ini.

Katanya selain PBM, pihak lain seperti Jabatan Perhutanan turut mengusahakan ladang tanaman pokok gaharu di negeri ini.

"Bagi menjayakan penyelidikan dan pembangunan ini, Perbadanan Bioteknologi Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Perhutanan dan FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)," katanya.

Dr Ramli berkata usaha yang dijalankan oleh PBM itu antara lain bagi mengembalikan semula kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan gaharu di Nusantara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Beliau berkata industri gaharu mempunyai potensi pasaran yang luas dan permintaannya amat tinggi dan jika diusahakan secara komersial boleh memberi keuntungan lumayan.

-- BERNAMA

GAHARU : KOSMO